Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool selangkah hampir tandatangani Mac Allister

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2_1.jpg
Liverpool semakin hampir mendapatkan khidmat pemain tengah Brighton, Alexis Mac Allister.

Bapa lelaki berusia 24 tahun itu, Carlos, yang bertindak sebagai wakilnya, tiba pada hujung minggu untuk perbincangan mengenai masa depan pemenang Piala Dunia itu.

Difahamkan, pemain antarabangsa Argentina itu mempunyai klausa pelepasan, dipercayai antara GBP45 juta dan GBP55 juta, dalam kontrak yang hanya ditandatanganinya pada Oktober dan Liverpool hampir mengaktifkannya.

Pengendali Seagulls, Roberto De Zerbi, mengakui bulan lalu dia sudah pun bersedia kehilangan pemain yang menjadi kunci dalam memastikan penyertaan pertama mereka di Eropah dengan menamatkan saingan di tangga keenam Liga Perdana Inggeris, hanya lima mata di belakang Liverpool.

Jurgen Klopp sedang mencari rentak membina semula bahagian tengah pasukan yang gagal pada musim ini dan Mac Allister telah menjadi sasaran jangka panjang, dengan James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain bakal meninggalkan kelab.

Liverpool juga berminat dengan Mason Mount, memasuki 12 bulan terakhir kontraknya di Chelsea, tetapi Manchester United nampaknya menjadi pendahulu dan Klopp tidak mahu mengalami proses yang berlarutan dan dijangka memiliki yuran perpindahan yang tinggi sekaligus mejadi telah beralih ke pemain lain.

The Reds telah dikaitkan dengan Ryan Gravenberch dari Bayern Munich, Khephren Thuram dari Nice dan Manu Kone dari Borussia Monchengladbach dan akan berusaha untuk menyelesaikan urusan mereka lebih awal untuk permulaan pramusim pada 8 Julai.

Advertisement

Must Watch Video