Liverpool sanggup tambah kapasiti Anfield demi kunjungan Manchester United hujung minggu ini!
Raja Hisyam
Disember 12, 2023 12:29 MYT
Disember 12, 2023 12:29 MYT
The Reds mengharapkan agar jumlah kapasiti penonton stadium di Anfield dapat ditingkatkan sehingga lebih 61,000 berbanding 57,000 sebelum ini terutamanya menjelang pertemuan dengan seteru lama tradisinya Manchester United hujung minggu ini.
Keterujaan itu dilihat seolah-olah akan meningkatkan lagi tekanan terhadap United yang kini berada pada tahap prestasi terburuk mereka.
Apatah lagi mereka perlu berdepan Bayern Munich pagi esok bagi menentukan nasib mereka dalam kancah liga Juara-Juara sebelum ke Anfield nanti.
Malah berdepan The Reds andai dalam keadaan sudah terkeluar daripada Liga Juara-Juara bukanlah pilihan terbaik sebaliknya mungkin akan meleburkan lagi kedudukan United dalam kancah Liga Perdana Inggeris pula ketika perlu menghadap penyokong fanatik Liverpool yang memenuhi stadium nanti.
Malah kerja-kerja penambahbaikan di Anfield untuk meningkatkan sejumlah lebih tujuh ribu tempat duduk tambahan seakan bakal menjadi kenyataan buat The Reds.
Kerja-kerja menaik taraf secara keseluruhan Anfield sebelum ini sedikit tertangguh dengan dijangka menelan kos sehingga GBP80 juta demi merealisasikan impian Liverpool itu.
Ia jelas walaupun dilihat memerlukan masa dan kerja keras namun mampu dicapai dalam masa terdekat.
"Keutamaan kita adalah memastikan semua penyokong Liverpool dapat kembali memenuhi stadium dalam masa secepat mungkin. Sebelum ini ia dijangka akan terlaksana pada 2024 namun ia kini kelihatan perlu dipercepatkan sebelum perlawanan menentang Manchester United...sedikit awal sebagai hadiah sempena Krismas" Jelas Naib Presiden Stadium Anfield, Paul Cuttill.