Pemain sayap Liverpool, Luis Diaz, akan menjalani ujian lanjut selepas masih bergelut dengan kecederaan lutut, demikian dedah Jurgen Klopp.
Diaz tersisih sejak mengalami kecederaan dalam kekalahan 2-3 kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, dua bulan lalu dan disenaraikan dalam skuad mereka untuk kem latihan di Dubai awal minggu ini.
Pemain sayap Colombia itu -- yang telah merekodkan empat gol dan dua bantuan jaringan dalam 12 penampilan bersama The Reds musim ini -- pada mulanya dijangka memainkan peranan penuh dalam latihan pasukan berkenaan menjelang sebaik EPL bersambung hujung bulan ini.
Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Liverpool malam tadi mendedahkan Diaz terlepas dua sesi latihan sementara tidak akan terlibat dalam perlawanan persahabatan menentang Lyon, malam esok.
Laporan mengaitkan bahawa pemain berusia 25 tahun itu akan kembali ke England selepas mengadu tidak selesa di bahagian lutut yang sama.
“Segalanya lancar berkaitan pemain yang berada di sini,” kata Jurgen.
“Apa yang tidak bagusnya ialah kami perlu menilai Lucho dengan lebih lanjut.
"Dia berasakan sesuatu dan kami perlu membuat penilaian lanjut tetapi selain daripada itu mereka semua kelihatan sangat bagus."
Liverpool akan menentang Lyon dan Milan dalam perlawanan persahabatan sebelum meneruskan aksi kompetitif dengan menghadapi pusingan 16 Piala Liga Inggeris (EFL) bertemu Manchester City pada 22 Disember ini.
The Reds kini menduduki tempat keenam dalam EPL dan tujuh mata di belakang slot Liga Juara-Juara (UCL) menjelang perlawanan seterusnya menentang Aston Villa pada 26 Disember ini.

Jürgen Klopp has confirmed Luis Diaz is to undergo further assessment on an issue sustained in training during Liverpool’s Dubai camp.
— Liverpool FC (@LFC) December 9, 2022