Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Liverpool perlu jadi sempurna untuk menang EPL, kata Klopp

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klopp.jpg
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mengakui bahawa pasukannya berkemungkinan perlu memenangi kesemua baki perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk berpeluang memenangi gelaran itu selepas membelasah Leed United 6-0 awal pagi tadi.

Mohamed Salah dan Sadio Mane, kedua-duanya menjaringkan gol berganda ke atas lawan bimbingan Marcelo Bielsa itu manakala dua pertahanan tengah, Joel Matip dan Virgil van Dijk, turut menemui sasaran untuk The Reds kini hanya dibezakan tiga mata dengan pendahulu liga, Manchester City.

Ia merupakan beza mata terkecil buat dua pasukan teratas EPL itu sejak hari Krismas lalu dan Liverpool juga kini melewati 26 perlawanan tanpa kalah di laman sendiri dalam kesemua kejohanan.

Bagaimanapun, bercakap kepada BBC selepas kemenangan besar itu, Klopp berasakan Liverpool perlu menjadi hampir sempurna seandainya mahu menghambat City pada ketika pasukannya juga perlu mengalihkan tumpuan bagi aksi final Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Chelsea awal pagi Isnin ini.

"Kami ada 10 hari sebelum perlawanan liga yang berikutnya dan kami mempunyai dua perlawanan dalam kejohanan yang amat berbeza menjelang perlawanan itu.

"Satu adalah final (menentang Chelsea) dan satu lagi adalah pusingan 16 (Piala FA menentang Norwich City). Ia akan menjadi perlawanan yang berbeza dan kami perlu bersedia.

"Perbezaannya adalah tiga mata sehingga hujung minggu ini dan jika City menang, ia akan menjadi enam mata.

"Jika kami memenangi kesemua perlawanan, mungkin akan ada peluang buat kami.

"Bagi orang di luar kelab, adalah lebih baik utuk ketinggalan tiga atau enam mata berbanding 20 atau 30 mata, jadi ia amat menarik tetapi kami perlu memenangi banyak perlawanan menentang lawan sukar dan ia akan menjadi tugas yang mencabar.

"Kami akan mencuba melakukannya," katanya.
 
 

Advertisement

Must Watch Video