Liverpool telah mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain tengah berbakat Moises Caiceo dari Brighton, mengatasi pesaing Liga Perdana Inggeris, Chelsea.
Menurut David Ornstein dari The Athletic, bayaran sebanyak GBP110 juta telah dipersetujui -- memecahkan rekod perpindahan Britain.
Difahamkan, Chelsea melancarkan bidaan bernilai GBP100 juta.
"Brighton membuka peluang untuk melepaskan khidmat Caicedo, dengan Liverpool kini merupakan kelab yang melakukan bidaan tertinggi mengatasi bidaan GBP100 juta daripada Chelsea," kata Ornstein dalam The Athletic.
"Syarat peribadi masih belum dipersetujui antara Caicedo dan Liverpool, tetapi ia dijangka bakal diselesaikan, dengan ujian perubatan bakal dijalankan dalam masa terdekat."
Semasa jendela perpindahan Januari musim lalu, Arsenal mencatatkan minat mereka untuk mendapatkan tandatangan pemain kebangsaan Ecuador itu.
Namun pemilik Brighton, Tony Bloom, seorang perunding yang terkenal, berpegang teguh dan menolak tawaran GBP70 daripada The Gunners.
Jadi apabila Arsenal menandatangani pemain tengah pertahanan Declan Rice kurang daripada enam bulan kemudian, Chelsea muncul sebagai pasukan pilihan untuk mengambil Caicedo.
Dengan Mason Mount, Mateo Kovacic, N’Golo Kante dan Ruben Loftus-Cheek semuanya berhijrah, Chelsea telah memiliki kekosongan di jentera tengah.
Bagaimanapun, Liverpool memasuki persaingan di penghujung dan seolah-olah merampas pemain sasaran Chelsea, mengatasi mereka dengan GBP10juta.
Perjanjian itu memecahkan rekod perpindahan kelab Merseyside itu sebanyak GBP75 juta untuk menandatangani Virgil van Dijk pada 2018.
Ia juga memecahkan rekod bayaran British, satu penghargaan yang pernah dipegang Chelsea sebelum ini apabila mereka membelanjakan GBP107 juta kepada Enzo Fernandez.
Ammar Hakim
Fri Aug 11 2023