Bekas pemain tengah Liverpool, Lucas Leiva, percaya The Reds mempunyai kualiti untuk mencabar trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.
Liverpool menjadi sebahagian daripada pperebutan tiga penjuru untuk menguasai puncak musim lalu di samping Manchester City dan Arsenal.
Bagaimanapun, keputusan buruk sepanjang April menyaksikan mereka tergelincir daripada persaingan sengit itu dan akhirnya menamatkan kempen sembilan mata di belakang pasukan kendalian Pep Guardiola tersebut sebagai hadiah perpisahan dengan Jurgen Klopp.
Arne Slot kemudian dilantik atas sebab taktik yang serupa yang diterapkan bekas pengurus dari Jerman itu, sekali gus menimbulkan persoalan adakah Liverpool mampu mencabar kejuaraan lagi.
Justeru, Leiva yang mewakili The Reds selama 10 tahun di antara 2007 dan 2017 telah menyokong mereka untuk mengecapinya.
“Saya rasa Liverpool mampu mengatasi Manchester City dan Arsenal,” kata pemain berasal dari Brazil itu kepada Stats Perform.

"Tahun lalu, seperti yang saya katakan, Liverpool terlepas kejuaraan dalam tempoh empat minggu terakhir musim ini. Sudah tentu, ia akan menjadi sukar.
"Man City dan Arsenal termasuk kelab lain juga semakin mantap dan kami tahu betapa sukarnya untuk menewaskan Man City. Tetapi tahun lalu Liverpool mempamerkan kualiti dan mampu mencabar biarpun ditunjangi ramai pemain muda dan ia sangat positif.
"Saya tidak nampak mengapa Liverpool tidak mampu terus mencabar Man City tahun ini bagi perebutan mahkota EPL.
"Saya fikir kelab ini sangat bagus dan sudah tentu pemain baru yang akan tiba boleh membantu."