Pemain-pemain yang dilabel boleh beri impak segera, membarisi skuad kendalian Arne Slot bagi musim baru Liga Perdana Inggeris.
Rekod besar itu dilakukan demi mengukuhkan skuadnya menghadapi musim baru.
Yang terpaling hangat diperkatakan semestinya Alexander Isak. Liverpool sanggup keluarkan kira-kira 125 juta paun untuk penyerang Sweden ini, menjadikannya perpindahan termahal dalam sejarah EPL. Dengan gaya lincah dan penyudah tajam, Isak dijangka jadi penggempur utama di Anfield.
Bukan itu sahaja, Liverpool turut membawa masuk Florian Wirtz dari Bayer Leverkusen dengan harga sekitar 116 juta paun. Pemain muda berasal Jerman, midfielder kreatif dan bijak mencari ruang — boleh jadi peluru serangan Liverpool musim ni.
Untuk masa depan, Liverpool turut melabur pada Hugo Ekitike dengan nilai hampir 69 juta paun. Masih muda, Ekitike berpotensi besar dalam masa sama boleh menjadi senjata tambahan di bahagian serangan.
Dengan itu, Liverpool dinilai sebagai pemenang terbesar jendela perpindahan kali ini. Persoalannya kini, mampu trio baharu ini bawa pulang trofi besar ke Anfield? It’s gonna be an exciting season!