EPL
Liverpool belum terima sebarang lamaran untuk Jordan Henderson, Fabinho
Spekulasi mengenai masa depan pemain tengah Liverpool, Jordan Henderson dan Fabinho, masih belum dimuktamadkan ke dalam tawaran sebenar.
Minat terhadap Henderson, khususnya daripada Al Ettifaq yang kini dibimbing oleh bekas rakan sepasukan, Steven Gerrard, telah menimbulkan khabar angin bahawa pemain berusia 33 tahun itu telah memutuskan untuk menerima perjanjian bernilai £700,000 seminggu (RM4.1j).
Bagaimanapun, The Reds tidak akan membenarkan kapten mereka yang masih mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya itu angkat kaki secara percuma walaupun laporan sebaliknya dari Timur Tengah.
£20 juta (RM118.5j) yang dibelanjakan Al Hilal ke atas pertahanan Chelsea, Kalidou Koulibaly, 32, pada musim panas ini dilihat sebagai penanda aras yang lebih realistik.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Fabinho pula dikaitkan dengan perpindahan ke juara Liga Pro Saudi, Al Ittihad, salah satu daripada empat kelab Arab Saudi yang dimiliki oleh Dana Pelaburan Awam negara itu yang dilaporkan sanggup membayar £40 juta untuk pemain yang bakal mencecah usia 30 tahun tersebut pada Oktober depan.
Tetapi difahamkan belum ada tawaran konkrit yang dibuatkan setakat ini sementara skuad itu akan memulakan kem pra-musim mereka di Jerman dan dijangka turut disertai kedua-dua pemain terbabit yang kembali menjalani latihan awal minggu ini.