Skip to main content

Bola Sepak

Liridon sedia kembali sarung jersi Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

matdon.jpg
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Liridon Krasniqi, sedia untuk kembali memperkuatkan skuad Harimau Malaya dalam perlawanan akan datang sekiranya sekali lagi diberi peluang.

Dia yang lebih dikenali sebagai Mat Don membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan pada 2021 ketika dibawah kendalian bekas jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, menentang Emeriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kelayakan Piala Dunia 2024. 

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, pemain berusia 32 tahun itu menyatakan hasrat akan kembali ke kem negara ketika mengadakan sesi soal jawab bersama peminatnya.

Advertisement

Must Watch Video