Skip to main content

Bola Sepak

Liridon Krasniqi sedia kembali perkuat Sang Kenari

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liridomn.jpg
Bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA), Liridon Krasniqi, sedia untuk kembali memperkuatkan skuad Sang Kenari dalam jendela perpindahan Liga Super 2024/2025 akan datang.

Dia yang lebih dikenali sebagai Mat Don bermain dalam kancah Liga Malaysia pada musim lepas bersama Terengganu sebelum bertukar angin ke sukan futsal.

KDA memulakan kempen liga hanya dengan satu kemenangan sahaja dalam tiga perlawanan dengan dua lagi aksi berakhir dengan keputusan tewas.

Dalam ciapan terbarunya di laman rasmi KDA, dia menulis di ruangan komen: "What's going on la? When is the next transfer window?".


 
Pemain berusia 32 tahun itu mempunyai rekod cemerlang bersama KDA dengan sepanjang 32 perlawanan dia berjaya menjaringkan 10 gol dan 15 bantuan jaringan.
 

Advertisement

Must Watch Video