Inter Miami akan menentang Al Ahly dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Kelab FIFA 2025.
Kejohanan berprestij itu secara rasminya bakal bermula pada 15 Jun 2025 dengan perlawanan pembukaan yang dinanti-nantikan antara Inter Miami dari Amerika Syarikat (AS) dan Al Ahly dari Mesir di Stadium Hard Rock, Miami.
Edisi kali ini mencatatkan sejarah sebagai kejohanan pertama yang menggunakan format baharu dengan 32 pasukan daripada seluruh dunia, berbanding format asal yang hanya melibatkan tujuh kelab.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memperkenalkan format 32 kelab ini bagi memberikan ruang kepada lebih banyak pasukan daripada pelbagai benua untuk bersaing di pentas tertinggi.
Kelab-kelab dibahagikan kepada lapan kumpulan, dengan empat pasukan setiap kumpulan. Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati.
Kejohanan ini akan berlangsung di 12 stadium utama di seluruh AS.
Final akan diadakan di Stadium MetLife, New Jersey. Stadium-stadium lain termasuklah Mercedes-Benz Stadium (Atlanta) dan Hard Rock Stadium (Miami). Secara keseluruhan, 63 perlawanan akan dimainkan dari 14 Jun hingga 13 Julai 2025.

Dialed in and ready for @FIFACWC ??
— Inter Miami CF (@InterMiamiCF) June 11, 2025
More details: https://t.co/iAfiITUU6l pic.twitter.com/R2KdOj9IPa
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memperkenalkan format 32 kelab ini bagi memberikan ruang kepada lebih banyak pasukan daripada pelbagai benua untuk bersaing di pentas tertinggi.
Kelab-kelab dibahagikan kepada lapan kumpulan, dengan empat pasukan setiap kumpulan. Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati.
Eyes on the prize. ? #TakeItToTheWorld | #FIFACWC pic.twitter.com/qqqhMrvbES
— FIFA Club World Cup (@FIFACWC) June 1, 2025