Lionel Messi sasar piala seterusnya bersama Inter Miami

Shaiful Shamsudin
Oktober 3, 2024 06:55 MYT
Lionel Messi mengintai untuk menjulang Piala MLS selepas membawa Inter Miami meraih Piala Perisai Penyokong.
Messi meledak dua gol ketika Miami menewaskan Columbus Crew 3-2 dan memperoleh piala itu buat julung kalinya dalam sejarah mereka.
Miami merekodkan mata musim biasa dalam MLS juga ada dalam kad untuk Miami, walaupun mereka mesti memenangi baki dua perlawanan sebelum playoff untuk melepasi jumlah 73 yang ditetapkan oleh New England Revolution pada 2021.
Dan Messi kini fokus pada tugasan seterusnya.
"Kami menderita hingga wisel terakhir," kata Messi kepada MLS Season Pass. "Ia menunjukkan tentang apa pasukan ini."
Dalam petikan yang dilaporkan oleh BBC Sport, Messi berkata: "Objektif pertama telah dicapai dan kini kami perlu memikirkan apa yang seterusnya.
"Pusingan pertama membabitkan tiga perlawanan dan apa-apa sahaja boleh berlaku. Tetapi kami mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri, itulah yang kami cari.
"Kami sangat mantap di laman sendiri."
#MLS
;