Lionel Messi kelima-lima gol ketika Argentina mencatat 33 perlawanan tanpa kalah dengan membenam Estonia 5-0 dalam perlawanan persahabatan awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Lionel Scaloni itu mencipta rekod kebangsaan baru selepas mengharungi 32 perlawanan tanpa kalah dengan kemenangan 3-0 ke atas Itali di pentas Finalissima, Khamis lalu, dan tidak pernah kelihatan gagal untuk melanjutkan rekod berkenaan –- paling lama masih bertahan di peringkat antarabangsa ketika ini -– sempena berdepan pasukan kerdil Eropah tersebut.
? #SelecciónMayor #Amistoso
— Selección Argentina ?? (@Argentina) June 5, 2022
? ¡Ganó Argentina! Noche increíble para Lionel Messi que anotó los cinco ?? goles del encuentro.
⚽ @Argentina ?? 5 ? #Estonia 0 ?? pic.twitter.com/yosttnp8o1
Messi memecah kebuntuan dengan sepakan penalti dan menggandakan jaringannya dengan rembatan kaki kirinya sebelum memasuki bilik persalinan.
Dia melengkapkan hatriknya dengan tampanan kemas pada awal babak kedua sebelum menokok dua gol lagi.
Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu menggelecek penjaga gol, Matvei Igonen, sebelum melakukan penyudah kaki kanan selain memanfaatkan situasi kelam-kabut di depan gawang untuk melengkapkan gol kelimanya dalam 20 minit terakhir pertemuan di Estadio El Sadar di Pamplona, Sepanyol itu.