Lionel Messi cipta sejarah baru MLS dengan lima bantuan gol

Shaiful Shamsudin
Mei 5, 2024 12:41 MYT
Lionel Messi menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Bolasepak Utama (MLS) yang mencatat lima bantuan gol dalam satu perlawanan.
Juara Piala Dunia itu bersemangat ketika menentang New York Red Bulls yang menyaksikan Inter Miami merekodkan kemenangan 6-2 di Stadium Chase di Florida, pagi tadi.
Kelab milik David Beckham itu akhirnya berhasil membalas dendam ke atas The Red Bulls yang memalukan Miami 0-4 di New Jersey, Mac lalu.
Sejarah seakan-akan bakal berulang apabila Dante Vanzeir membuka akaun jaringan buat pelawat sebelum setengah jam permainan.
Namun, jaringan penyamaan Matias Rojas pada minit ke-48 hasil lorongan Messi menjadi titik tolak kepada pemenang Piala Dunia itu untuk menjadikan kedudukan 2-1 selepas bergandingan dengan Suarez.
Rojas menghasilkan satu lagi jaringan yang turut diilhamkan Messi sebelum Suarez melengkapkan hatrik.
Lima bantuan jaringan daripada Messi itu satu pencapaian yang tidak pernah dilakar sesiapa MLS.

Lionel Messi 5 Assists ??First player in MLS history to achieve this Feat ? pic.twitter.com/OG0zWTVR3r

— Max Stéph (@maxstephh) May 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
The Red Bulls memang menjaringkan gol sagu hati menerusi sepakan penalti Emil Forsberg pada minit ke-97 tetapi ia sudah terlambat buat mereka memulihkan aib yang dicipta Messi, Suarez dan Rojas.
Kemenangan itu mengekalkan Miami di puncak liga dengan tiga mata di hadapan FC Cincinnati yang mempunyai satu perlawanan di dalam tangan.
Messi kini telah menyumbangkan 10 gol dan menghasilkan sembilan bantuan jaringan dalam hanya lapan perlawanan MLS musim ini.
#Lionel Messi #MLS #Inter Miami
;