Skip to main content

Bola Sepak

Lingard: Southgate minta saya kekal dalam EPL

jesselingard.jpg
Jesse Lingard telah mendedahkan Gareth Southgate menunjuknya ke arah kembali semula dalam skuad England.

Southgate akan memimpin perlawanan ke-50 apabila England memulakan kempen kelayakan Piala Dunia bertemu San Marino di Wembley awal pagi esok.

Perlawanan pertamanya, berdepan Malta pada Oktober 2016, yang menjadi debut Lingard' di pentas antarabangsa dan pemain tengah menyerang  itu menjadi pemain yang paling menyerlah Southgate ketika England mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018.

Bagaimanapun, bergelut dengan prestasi dan kecergasan di Manchester United, termasuk kesukaran dalam kehidupan peribadinya, menyaksikan Lingard hilang tempat dalam skuad Three Lions.

Pada bulan Januari, dia bergabung dengan West Ham secara pinjaman dan menjadi seperti pemain yang dihidupkan semula.

Lima gol dalam tujuh penampilan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat skuad kendalian David Moyes membenarkan dia dipanggil semula dalam skuad England, yang berterima kasih kepada Southgate atas nasihatnya dan pengaruh dalam perpindahan ke Hammers.

"Dia menunjukkan banyak sokongan dan kepercayaan kepada saya, dia memberikan saya debut England saya, yang saya banggakan," kata Lingard.

"Saya tetap berhubung dengannya walaupun saya tidak bermain, hanya untuk mendapatkan nasihatnya mengenai apa yang harus saya lakukan.

"Itu adalah langkah tepat, sama ada akan pergi ke Eropah atau tinggal di Liga Perdana.

"Dia berkata, 'Sekiranya saya adalah anda, saya akan kekal di Liga Perdana Inggeris'. Selepas itu, adalah mengenai mencari pasukan Liga Perdana dan West Ham sesuai bagi saya."



Sejak debutnya di West Ham menentang Aston Villa 3 Februari lalu, hanya penyerang Leicester City, Kelechi Iheanacho (enam) yang memiliki lebih banyak gol Liga Perdana berbanding Lingard (lima), sementara dia setara dengan kapten England, Harry Kane dan pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan selama tempoh tersebut.

Lingard turut melakukan dua assist buat Hammers dan menghasilkan lapan peluang buat rakan sepasukan.
 

Advertisement

Must Watch Video