Skip to main content

Bola Sepak

Lindelof terlepas aksi United-West Ham selepas rumah dipecah masuk

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

victor-lindelof.jpg
Victor Lindelof akan terlepas perlawanan Manchester United menentang West Ham malam ini bagi menemani keluarganya selepas rumahnya dipecah masuk Khamis lalu.

Lindelof memulakan perlawanan menentang Brentford bersama Raphael Varane, di mana United menang 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di London itu tetapi sewaktu perlawanan berkenaan, rumahnya diceroboh ketika isteri dan anaknya masih berada di dalam.

Isteri pemain berusia 27 tahun itu, Maja, mendedahkan dalam Instagram bahawa dia menguncikan diri bersama dua anaknya dalam sebuah bilik sebelum penceroboh itu memecah masuk rumahnya.

Pengurus interim United, Ralf Rangnick, mengesahkan bahawa pemain kebangsaan Sweden itu tidak akan terlibat dengan perlawanan EPL menentang West Ham malam ini kerana mahu menemani keluarganya.

"Saya sudah bercakap dengannya sepanjang penerbangan kami dari London," kata Rangnick kepada wartawan dalam sidang media sebelum perlawanan.

"Kami juga telah berbincang selama 20 hingga 25 minit pagi ini. Dia memberitahu saya apa yang sebenarnya berlaku dan ia sesuatu yang mencetuskan trauma, terutama buat isteri dan anak lelakinya yang baru berusia tiga tahun.

"Dia berkata kepada saya yang dia kini perlu berada di rumah. Dia tidak mahu meninggalkan isteri dan keluarganya sendiri, di mana saya amat memahaminya sebagai seorang bapa yang mempunyai dua orang anak.

"Kami bersetuju untuk dia tidak menyertai latihan hari ini dan tidak akan terlibat dengan perlawanan esok," katanya.
 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video