Skip to main content

Bola Sepak

Lima tahun curah bakti, Akmal Rizal berpisah dengan Penang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akmal-rizal.jpg
Akmal Rizal Ahmad Rakhli meninggalkan peranannya selaku ketua jurulatih skuad B-23 Penang biarpun kontraknya masih berbaki setahun.

Legenda Kedah itu menyertai barisan kejurulatihan Harimau Kumbang pada 2020 dan pernah mengendalikan pasukan utama sekitar 2023 hingga 2024 sebelum kembali diberikan peranan mengemudi skuad remaja kelab itu.

Penang, dalam satu kenyataan sebentar tadi, memberikan penghargaan atas jasa yang pernah dicurahkan pengendali berusia 43 tahun itu.

"Penang FC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Akmal Rizal Ahmad Rakhli atas segala khidmat bakti, dedikasi, serta komitmen beliau sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih pasukan Liga Super 2024 dan pasukan Piala MFL B-23 bagi musim 2023 serta 2024-25.

"Sepanjang tempoh bersama Penang FC, Coach Akmal telah menunjukkan semangat kepimpinan yang tinggi, semangat kesukanan yang jitu, serta keazaman dalam membentuk pasukan yang kompetitif dan berdaya saing. 

"Sumbangan beliau bukan sahaja memberi kesan kepada prestasi pasukan, malah turut meninggalkan impak yang positif terhadap pembangunan pemain-pemain muda.

"Pihak kelab amat menghargai segala usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan, dan kami mendoakan semoga Coach Akmal terus melakar kejayaan dalam apa jua bidang atau cabaran yang akan datang."

Advertisement

Must Watch Video