Lijnders dipecat sebelum Klopp mulakan tugas

Shaiful Shamsudin
Disember 17, 2024 08:47 MYT
Bekas pembantu jurulatih Liverpool, Pep Lijnders, dipecat sebagai pengurus RB Salzburg.
Lijnders, yang pernah bertugas di bawah Brendan Rodgers dan Jurgen Klopp sepanjang sembilan tahun di Liverpool mengambil alih tugas di Salzburg sejak Mei lalu.
Bagaimanapun, tempoh keduanya sebagai pengurus -- selepas berkhidmat sebentar untuk NEC di Belanda pada 2018 -- terbukti mengecewakan dengan Salzburg kini berada di tangga kelima dalam Bundesliga Austria.

OFFICIAL: FC Red Bull Salzburg and Pepijn Lijnders are parting ways, the 41-year-old Dutchman was released from his duties today. Thank you for your commitment and all the best for the future, Pep!

— FC Red Bull Salzburg EN (@FCRBS_en) December 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mereka memasuki cuti musim sejuk dengan menewaskan Austria Klagenfurt 3-0, hujung minggu lalu tetapi itu hanyalah kemenangan kedua mereka dalam lapan perlawanan terakhir.
Mungkin mengejutkan, keputusan itu dibuat hanya beberapa minggu sebelum bekas bos Lijnders, Klopp, mengambil alih sebagai ketua bola sepak global Red Bull - kedudukan yang akan memberikannya kuasa terhadap strategi Salzburg.
#Liverpool
;