LIGUE 1
Ligue 1: (Video) Donnarumma terima jahitan di muka susulan dipijak pemain Monaco
Kemenangan Paris Saint-Germain 4-2 ke atas Monaco dicemari dengan insiden mengerikan apabila penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, menerima kecederaan sirius selepas kesalahan yang dilakukan Wilfried Singo, awal pagi tadi.
Penjaga gawang kebangsaan Itali itu menerima rawatan cemas di bahagian muka selepas dipijak oleh penyerang Monaco itu di Stade Louis II.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain berusia 25 tahun itu memerlukan rawatan perubatan berikutan perlanggaran itu, tetapi akhirnya terpaksa dikeluarkan pada minit ke-22 untuk digantikan oleh Matvei Safonov.
Donnarumma keluar daripada padang selepas dirawat oleh kakitangan perubatan PSG.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.