Skip to main content

Bola Sepak

Ligue 1: PSG berkelebihan empat mata di puncak liga susulan benam Monaco

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

a59007644e1c4923a7f7954dba6b862e.jpg
Paris St Germain mendahului empat mata di puncak Ligue 1 selepas mempamerkan persembahan tanpa belas kasihan memastikan kemenangan menghiburkan 5-2 ke atas Monaco di Parc des Princes.

Kylian Mbappe, yang menjaringkan gol ke-14 musim ini menerusi sepakan penalti, adalah salah satu daripada lima penjaring berbeza untuk pasukan tuan rumah, yang kini memenangi enam perlawanan berturut-turut dalam liga.

Monaco memulakan permainan hanya tiga mata di belakang PSG dan menyumbang persembahan yang cukup cemerlang, namun pelawat akhirnya tidak mempunyai jawapan kepada kualiti sentuhan penyudah skuad bimbingan Luis Enrique.
 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video