Pemain gantian Randal Kolo Muani menjaringkan gol kemenangan lewat ketika Paris St-Germain melebarkan jurang kedudukan mereka di puncak Ligue 1 kepada enam mata dengan kemenangan ke atas Nantes.
Bradley Barcola terlebih dahulu merobek gawang Nantes selepas menafikan dua pemain pertahanan lawan untuk sekaligus menumbangkan penjaga gol mereka, Albant Lafont.
Namun kelebihan jaringan itu tidak berkekalan lama, sebaik masuk babak kedua penyerang dari Mesir, Mostafa Mohamed mengikat PSG 1-1 menerusi tandukkan sempurna.
Tetapi kebangkitan Nantes disia-siakan begitu sahaja. Ketika berbaki tujuh minit sebelum wisel penamat, Kolo Muani muncul meledak jaringan kemenangan menentang bekas kelabnya sendiri untuk pastikan PSG raih tiga mata penuh.
Sabrina Mustaffa
Sun Dec 10 2023