LIGUE 1
Ligue 1: Monaco raih kemenangan pertama di laman sendiri musim ini
MONACO 2 LYON 1
Monaco meraih kemenangan pertama di laman sendiri musim ini dengan menewaskan Lyon 2-1 dalam aksi Serie A di Stade Louis II awal pagi tadi.
Selepas tiga perlawanan di tempat sendiri, Monaco hanya dapat mencatatkan satu keputusan seri dan dua kekalahan tetapi kali ini, mereka berhasil mengubah nasib itu menerusi dua jaringan dalam separuh masa kedua.
Iklan
Selepas kedua-dua pasukan buntu mencari gol pembukaan sepanjang babak pertama, Benoit Badiashile berhasil menamatkan penantian itu dengan menanduk masuk bola daripada sepakan penjuru Caio Henrique pada minit ke-55
Lapan minit berselang, giliran Guillermo Maripan menanduk masuk gol kedua Monaco, juga menerusi sepakan percuma Henrique.
Karl Koko-Ekambi kemudian memperoleh gol sagu hati buat Lyon pada minit ke-81 tetapi ia sudah terlambat untuk menyekat kemenangan Monaco.
Dengan kemenangan itu, Monaco kini berada di tangga ketujuh Ligue 1 dengan 11 mata, dua mata di belakang Lyon di tangga kelima.
????? ! ?Massive win for our Rouge & Blanc at home against Lyon ?⚪️‣ 2-1 #ASMOL pic.twitter.com/OR9yuYQyB5— AS Monaco EN (@AS_Monaco_EN) September 11, 2022
*Kredit foto: AS Monaco
Must-Watch Video