Ligue 1: Dua gol Mbappe pastikan PSG kian hampir bergelar juara

Muzaffar Musa
April 21, 2023 06:45 MYT
ANGERS 1 PSG 2
Kylian Mbappe menjaringkan dua gol untuk Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Angers 2-1 dalam perlawanan Ligue 1 di Stade Raymond-Kopa awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan PSG kini berkelebihan 11 mata di puncak Ligue 1 biarpun beraksi di bawah tahap sebenar menentang pasukan kelompok bawahan, Angers, yang mungkin akan sah tersingkir daripada liga divisyen utama itu selepas hujung minggu ini.
Mbappe menjaringkan dua gol itu dalam tempoh 26 minit pertama untuk kini mendaftarkan 34 jaringan dalam kesemua kejohanan musim ini.
Pasukan pelawat itu, bagaimanapun, dibolosi oleh jaringan Sada Thioub pada minit ke-87.
Apapun, PSG mengekalkan keputusan itu untuk mencatatkan kemenangan ke-14 berturut-turut ke atas Angers dalam saingan liga, sekali gus menyamai pencapaian terbaik mereka mencatatkan kemenangan berturut-turut terpanjang menentang satu lawan sama dalam liga divisyen utama Perancis (menentang Nantes).

15 - Players with 15 goals and 15 assists in a single Ligue 1 season since 2006/07: ?? Eden Hazard in 2011/12 (20 & 16) ?? Kylian Mbappé in 2021/22 (28 & 17) ?? Lionel Messi in 2022/23 (15 & 15). Omnipresent. pic.twitter.com/B6jM9pozRl

— OptaJean (@OptaJean) April 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #PSG #Angers #Ligue 1