Melaka mengukuhkan lagi kedudukanya dalam carta Liga Wanita Nasional 2024 apabila membelasah Real CJ 11-0 dalam aksi perlawanan yang berlangsung hari ini.
Melayan kunjungan Real CJ, Melaka hanya perlu menunggu 15 minit untuk membuka tirai jaringan menerusi Marlia Basri
Selain gol oleh Siti Azzah pada minit ke-31 hatrik Puteri Noralisa pula kemudianya hadir untuk Melaka selesa menutup aksi babak pertama dengan 5-0.
Perlawanan babak kedua menyaksikan Melaka terus garang membaham Real CJ.
Siti Azzah turut melengkapkan hatrik selepas menjaringkan gol pada minit ke-65 dan 71.
Malini Nordin juga tidak ketinggalan mencetak nama selaku penjaring apabila meledakkan dua gol iaitu pada minit ke-47 dan 66.
Ia kemudiannya dilengkapkan dengan jaringan oleh Nurul Ain Afiqah pada minit ke-77 sebelum Nuraziela Ali menutup aksi dengan gol terakhir pada minit ke-71.