LIGA SUPER MSIA

Liga Super: Tonggak tengah Kelantan FC kini menuju jalan keluar

11/12/2023 | 03:42 MYT
Fazrul Amir sah bakal meninggalkan The Red Warriors penghujung musim bagi memperoleh cabaran baru bagi musim 2024.
Tonggak tengah Kelantan FC, Fazrul Amir atau lebih mesra disapa Ghaddar mengesahkan perlawanan berdepan PDRM semalam sebagai perlawanan terakhirnya bersama TRW.
Melewati saat sukar bersama pasukan, dengan deretan kekalahan tidak kurang daripada empat gol dalam sembilan perlawanan dan yang terbaru tewas 7-2 kepada PDRM FC, Fazrul kini menuju pintu keluar pasukan.
Difahamkan terdapat tiga kelab Liga Super kini mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu untuk memperkuatkan jentera tengah bagi menghadapi musim baru nanti.
Tanpa berselindung, Fazrul akui berat untuk tinggalkan pasukannya namun keputusan drastik perlu dibuat demi kelangsungan kariernya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ikuti laporan penuh menerusi Nadi Arena 7.30 malam ini di saluran Astro Arena 801.
#liga super #Bolasepak #Kelantan FC #PDRM FC
;