Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Penang perlukan penyerang baru - Hasmawi Hassan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

capture.png
Bekas penyerang legenda Pulau Pinang, Hasmawi Hassan berharap pihak pengurusan Penang segera mendapatkan penyerang baru menjelang jendela perpindahan kedua liga Malaysia yang bakal dibuka 26 Ogos depan bagi menyelesaikan masalah ketumpulan penyudah.

Ketika ditemubual oleh wartawan Astro Arena - Fadhirul Shuhaimi, tanpa berselindung Hasmawi akui, bukan mudah untuk kelab mendapatkan penyerang import atau tempatan berkualiti dalam tempoh masa yang singkat namun tidak mustahil jika penilaian dan pemilihan dilakukan secara teliti. Bekas penyerang yang dikenali dengan gelaran Michael Owen itu turut memuji pendekatan taktikal yang diterapkan ketua jurulatih Penang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang disifatkannya sebagai pengendali baru yang memiliki kredibiliti serta potensi besar.

"Tak semudah itu untuk mendapatkan penyerang yang terbaik dalam masa terdekat ini.

"Jika kita dapat sekalipun pemain itu memerlukan masa, keserasian dan pemahaman dari segi konteks apa yang Akmal terapkan kepada pasukan. 

"Jadi perkara ini bukanlah tugas yang mudah untuk Akmal tetapi saya harap semua orang dapat membantu beliau untuk mendapatkan penyerang yang baik untuk menyelesaikan masalah Penang.

"Pihak pengurusan kena cari satu solusi yang terbaik untuk membantu pasukan bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik.

"Buat masa ini saya melihat sangat kagum dengan pendekatanh beliau, dengan jurulatih yang baru, permainan gaya moden yang diterapkan pada pemain dari segi membangunkan momemtum permainan, dan kombinasi strategi di bahagian tengah cuma hakikatnya dalam bola sepak ini akhirnya kemenangan berdasrkan kepada jumlah jaringan. Itu sahaja.
   

Advertisement

Must Watch Video