Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Harimau Selatan kembali kuasai takhta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

figureido.jpg
IMIGRESEN 0 JDT 3 

Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali menguasai takhta Liga Super berbekalkan kemenangan 3-0 ke atas pendatang baru, Imigresen, sebentar tadi. 


Bagaimanapun, juara bertahan 11 kali berturut-turut itu memerlukan minit ke-43 untuk memecah kebuntuan di Stadium Negeri Pulau Pinang menerusi tandukan Jon Irazabal melalui sepakan penjuru Aiman Arif Hanapi. 

Pemain import Harimau Selatan, Nacho Mendez, menjadi arkitek untuk pelawat menokok dua gol lagi dari sayap kiri yang menyaksikan Jairo memanfaatkan situasi bola muntah, manakala Joao Figueiredo, menyempurnakan peluang di depan pintu gol. 

 

Advertisement

Must Watch Video