Liga Super: Zhafri Yahya mahu KL City waspada ancaman PDRM

Saufi Tahir
Ogos 15, 2024 17:36 MYT
Pemain tengah KL City, Zhafri Yahya, berasakan kelibat penyerang sensasi PDRM, Shahrel Fikri, wajar diberikan perhatian sepenuhnya menjelang pertemuan minggu kelapan saingan Liga Super 2024/2025 di Stadium Selayang, esok.
Begitupun, pemain berusia 29 tahun itu optimis benteng pertahanan pasukannya akan lebih baik memandangkan kembalinya tonggak utama seperti Giancarlo Gallifuoco dalam pasukan.
Dia berharap dapat membawa pulang tiga mata bersih walaupun skuad sang saka biru itu mempunyai rekod baik semasa berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum ini.

Next against Lampu Biru! ?️? ?️ 16 August 2024 ⏱️ 9pm ?️ Stadium Majlis Perbandaran Selayang#klbandarayarendahkarbon #klcityfc #sampaimatikualalumpur #cityboys pic.twitter.com/gDEijFgdKb

— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) August 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Bagi saya kita perlu lebih fokus, memandangkan mereka berjaya lakar keputusan yang baik sebelum ini. Kita perlu teliti kelemahan dan kekurangan mereka.
"Kita perlu bersedia dengan jentera serangan mereka, tetapi kembalinya Gigi juga bahagian pertahanan kita lebih baik.
"Mereka ada kelebihan pada bahagian serangan, begitu juga pertahanan yang sukar ditembusi. Saya menjangkakan perlawanan esok kami lebih fokus dan ingin tiga mata di sana." Katanya kepada Nadi Arena.
#liga super #PDRM #KL City #Zhafri Yahya
;