“Saya harap peminat tidak bandingkan saya dengan Khuzaime Piee.”
Demikian harapan pertahanan tengah baru Negeri Sembilan FC, Zainal Abidin Jamil, yang menganggap Khuzaimi seorang pertahanan yang memiliki kualiti tersendiri selain kelebihan dari segi pengalaman berbanding dirinya.
Bagaimanapun, Zainal Abidin sudah memasang azam tersendiri bersama Negeri Sembilan untuk terus melonjakkan kariernya selepas dua musim yang cemerlang di Petaling Jaya City FC.
“Saya tahu kedatangan saya ke sini (Negeri Sembilan) untuk mengambil tempat Khuzaimi yang berhijrah ke pasukan lain tetapi saya dengan dia adalah dua pemain berbeza.
“Di sini, masih ada ramai pemain yang tidak kurang hebatnya seperti Nasrullah Haniff, Annas Rahmat dan Herold Goulon.
“Jadi, fokus saya adalah mahu bersaing dahulu dalam pasukan bagi mendapatkan tempat serta memburu minit permainan kerana saya sedar sebagai pemain baru, tiada jalan pintas.
“Saya harap keputusan bersama Negeri Sembilan akan membuatkan saya lebih dikenali di persada Liga Malaysia (Liga-M) serta membantu pasukan ini mendapatkan keputusan yang cemerlang sepanjang musim 2023,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini.
Zainal Abidin memulakan karier remajanya di Felda United FC pada 2020 sebelum bersama skuad Piala Presiden PJ City musim berikutnya dan diserap oleh P. Maniam ke dalam saingan Liga Super.
Musim 2022 memperlihatkan Zainal Abidin meraih kepercayaan diletakkan dalam kebelasan utama dengan secara keseluruhan melakukan 20 penampilan di pentas Liga-M.
Ketiadaan PJ City, yang menarik diri daripada saingan musim ini, pada mulanya menimbulkan kebimbangan Zainal Abidin dalam mendapatkan pasukan baru bagi meneruskan kesinambungan karier.
Dia langsung tidak menjangka tawaran akan datang dari Negeri Sembilan, malah apa yang lebih menggembirakan Zainal, kehadirannya turut diiringi beberapa bekas rakan sepasukannya seperti Mahalli Jasuli, Aroon Kumar, R. Barathkumar dan Filemon Anyie.
“Terima kasih kepada Negeri Sembilan terutama coach K. Devan kerana mempercayai potensi saya untuk bersama skuad kendaliannya musim ini.
“Sistem permainan Negeri Sembilan dan PJ City tidak banyak berbeza kerana menggunakan formasi yang meletakkan tiga pemain pertahanan tengah, taktikal yang saya sudah serasi.
“Tambahan dengan ramai pemain dari PJ City musim lalu, saya rasa tidak ada masalah untuk membina persefahaman dengan rakan sepasukan dalam masa yang singkat,” katanya.
Kredit: Sinar Harian