Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super Wanita: Batal langkah MBSJ ke separuh akhir kerana pemain gantian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbpj-liga-super-wanita.jpg
Kemenangan 4-0 MBSJ ke atas First 11 dalam suku akhir Liga Super Wanita 2021 minggu lalu sah dibatalkan. 

Tindakan tegas itu diambil selepas penganjur, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), mendapati MBSJ bersalah kerana melanggar peraturan pemain gantian.

Berikutan dikesan memasukkan semula pemain yang telah dikeluarkan, MBSJ dihukum kekalahan 0-3 dan secara tidak langsung First 11 bakal mengambil tempat dalam separuh akhir. 

"Perkara ini telah diteliti oleh jawatankuasa pertandingan untuk dibicarakan, akhirnya keputusan dikeluarkan. 

"Kami sudah mengadakan dua sesi taklimat sebelum kejohanan bermula dan semua pasukan sudah sepakat dengan peraturan liga ini. 

"Tujuh kelab yang lain mematuhinya dengan baik," kata Setiausaha Agung FAS, Izrin Nabil Ismail.



 

Advertisement

Must Watch Video