Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super (Video): Momen Syihan Hazmi diaibkan jaringan lemas pemain Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syihan.jpg
Jaringan pemain kelahiran Baling, Afeeq Iqmal Rosli, mendapat tarikan peminat selepas melakukan umpanan terhadap pertahanan import Korea Selatan Johor Darul Ta'zim (JDT), Park Jun-heong, sebelum menewaskan penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi, dalam perlawanan tertunda Liga Super di Darulaman, semalam.

Akan tetapi, pasukan tuan rumah tetap tidak mampu menahan asakan berpanjangan gergasi bola sepak Malaysia itu selepas terpaksa akur dengan kekalahan 1-6 kepada JDT.

Peminat tempatan berseloroh di ruangan komen Facebook Astro Arena yang menggelar jaringan tersebut bertaraf Puskas ekoran teknik dan memperdaya pemain Harimau Selatan dalam masa sama. 

Lambungan tinggi itu jelas tidak disangka oleh Syihan yang menyaksikan ketua jurulatih Kedah, Victor Andrag, turut meraikan jaringan tunggal tuan rumah itu.



 

Advertisement

Must Watch Video