LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Trucha cari ramuan akhiri badi kekalahan Kelantan United
Tekanan semakin memuncak dalam kem pasukan tercorot Liga Super, Kelantan United selepas pertemuan ketua jurulatih, Tomáš Trucha dan kepimpinan tertinggi kelab yang berpangkalan di Pantai Timur itu -- berakhir dengan pengendali kelahiran Republik Czech itu diberikan kata dua.
Menerusi perkongsian bersama wartawan Karl Nunis, Trucha berkongsi pelbagai inisiatif dikalangan jurulatih tempatan mahupun antarabangsa untuk melobi kerusi panas di Stadium Sultan Mohammad Keempat itu.
Selepas mengharungi lima perlawanan, Trucha masih gagal merekodkan sebarang kemenangan -- dan atas faktor itu, Trucha mengakui, berdepan tugas sukar untuk membawa Kelantan United keluar daripada zon penyingkiran.
Difahamkan pertemuan bersama individu berpengaruh kelab semalam, membincangkan solusi terbaik untuk mengakhiri badi kekalahan bermula dengan pertemuan menentang Terengganu FC hujung bulan ini.
Sementara itu, trucha turut mengakui, sedang melalui cabaran paling getir sepanjang karier kejurulatihannya biarpun masih di awal saingan -- namun Trucha berasakan, semangat kekitaan dalam kalangan pemain Kelantan -- berupaya jadi pencetus kebangkitan skuad Kijang Hijau.