Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Tomislav Steinbruckner tekad pastikan Terengganu bangkit daripada kekalahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

405505819_368491908906132_9011383651373378352_n.jpg
Terengganu FC melewati prestasi yang mengecewakan selepas tewas 4-0 kepada Sabah dalam perlawanan Liga Super di Gong Badak semalam.

Tiga gol awal yang disempurnakan barisan pemain Sabah, Ramon Machado, Rizal Ghazali, dan Suhaimi Husin memberikan kekecewaan buat tuan rumah menuju ke bilik persalinan.

Pengendali pasukan, Tomislav Steinbruckner, ternyata kecewa dengan kekalahan malah terdapat ramai pemain yang berdepan masalah kecederaan.

Dia turut menyatakan kehilangan khidmat Safwan Mazlan, Azam Azmi, Alif Zakaria & Sharul Nizam Roshani memberikan impak buruk di benteng pertahahanan Terengganu.

   

Ikuti laporan penuh menerusi Nadi Weekend 7.30 malam ini di saluran Astro Arena 801 HD. 

Advertisement

Must Watch Video