Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Tidak jadi ke KL City, tempat Joao Pedro diganti dengan Safawi, Hidalgo?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl.jpg
Hasrat Kuala Lumpur (KL) City untuk menandatangani skuad kebangsaan Timor Leste, Joao Pedro, kian tidak kesampaian menjelang Liga Super musim 2025/26.

Di sebalik usaha untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu, Kuching City sah menjadi destinasi terbaharu Joao Pedro memperkuat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak musim hadapan. 

Pedro -- bukanlah asing dalam Liga Malaysia (Liga-M) apabila menyertai Kuala Kangsar dan UiTM.

Dia sebelum ini bertindak sebagai penggempur kelab Kemboja, Angkor Tiger, dan pernah bermain di beberapa kelab Asia seperti PSM Makassar (Indonesia), Benfica de Macau (Macau) dan Ubon United (Thailand).


 

Menurut ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, posisi kekosongan Joao Pedro di The City Boys berkemungkinan diisi oleh bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid, dan pemain sayap Sri Pahang, Manuel Hidalgo. 

Jika ia direalisasikan, kedua-dua pemain tersebut akan meneruskan tempoh pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) bersama kelab baharu selepas Terengganu dan Sri Pahang. 

Namun, sehingga kini masih tiada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berkenaan khabar angin ini. 

Advertisement

Must Watch Video