Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Tiada Agyarkwa? Negeri Sembilan ada senjata rahsia hadapi Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nidzam.jpg
Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, mengakui pasukannya akan kehilangan khidmat Alex Agyarkwa menjelang aksi Liga Super menentang Selangor di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hujung minggu ini.

Agyarkwa cemerlang setakat dua perlawanan pertamanya bersama Negeri Sembilan, di mana skuad Jang itu menjaringkan tiga gol ketika tewas 3-5 kepada JDT dalam saingan Liga Super di Iskandar Puteri dan yang terbaru, membelasah PDRM 5-0 dalam saingan Piala FA di Paroi malam tadi.

Bagaimanapun, dia tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Selangor berikutan statusnya sebagai pemain pinjaman daripada pasukan Gergasi Merah berkenaan.

Nidzam, selepas perlawanan pertama pusingan 16 Piala FA menentang PDRM, berkata: "Ia petanda baik untuk perlawanan seterusnya.

"Amat jelas Alex tidak boleh bermain menentang Selangor tetapi kami dapat memberikan An Sang-su, pemain import kami dari Korea Selatan, di mana tahun lalu dia bermain bersama Negeri Sembilan II.

"Kami dapat memberikannya 30 minit (permainan), jadi saya fikir dia sudah dapat momentum.

"Ia satu keputusan yang baik berdepan antara pasukan terbaik di Malaysia (PDRM).

"Banyak kerja rumah yang kami perlu lakukan menjelang perlawanan pada Ahad ini," katanya.
 
Adidas Football Shoes

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video