Terengganu FC (TFC) memantapkan bahagian tengah mereka apabila menyambar khidmat pemain dari Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Ab Rasid Jusoh, berkata pemain berusia 26 tahun itu memiliki rekod cemerlang pernah dinobatkan sebagai pemain tengah terbaik Liga Uzbekistan.
Katanya, Tukhtasinov, yang berketinggian 1.72 meter, pernah beraksi bersama pasukan FC Neftchi Fergana dalam Liga Super Uzbekistan sebelum menyertai TFC.
“Tukhtasinov menandatangani kontrak selama 18 bulan dengan TFC bagi mengisi kuota pemain import bebas.
“Kehadirannya dapat memberi impak positif kepada kelab ini untuk mengharungi baki saingan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala Konfederasi Asia (AFC), yang dijangka bermula September depan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Dalam pada itu, Ab Rasid menyifatkan pemilihan Tukhtasinov adalah berdasarkan pengalaman luasnya dalam skuad kebangsaan Uzbekistan.
Dia pernah menyarung jersi skuad B-19, B-20 dan skuad B-23 negara itu.
“Ini adalah kali pertama dia beraksi dalam Liga Malaysia bersama pasukan Hitam Putih dan akan memakai jersi bernombor 97, iaitu sempena tahun kelahirannya 1997.
“Dia akan tiba di Terengganu dalam masa terdekat untuk memulakan latihan bersama rakan sepasukan,” katanya lagi.
Sementara itu, Tukhtasinov mengakui amat teruja untuk memulakan cabaran dalam Liga Malaysia yang amat asing baginya.
Bagaimanapun, katanya, ia tidak menjadi halangan kerana misi utama adalah untuk membantu TFC memperoleh kejayaan.
Kredit: Sinar Harian