Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Tewaskan PJ City tingkatkan keyakinan Selangor -- Tan Cheng Hoe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tan-cheng-hoe.jpg
Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, berasakan kemenangan ke atas Petaling Jaya City FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Petaling Jaya semalam dapat meningkatkan keyakinan pasukan Gergasi Merah itu.

Dalam aksi berkenaan, pemain gantian, Danial Asri, muncul wira Selangor apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan itu pada minit ke-81.

Ia merupakan kemenangan kedua Selangor di bawah bimbingan Cheng Hoe selepas turut mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas Melaka United minggu lalu dan pengendali berusia 54 tahun itu percaya kemenangan tipis berkenaan setidak-tidaknya dapat meningkatkan keyakinan pemainnya.

"Kalau kita lihat secara keseluruhan, PJ City menggunakan rata-rata pemain tempatan dan mereka mempunyai disiplin yang tinggi, baik daripada segi menyerang atau bertahan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.

"Mereka cukup kental apabila bermain sebagai satu pasukan.

"Sudah pasti kemenangan ini sedikit sebanyak akan memberikan kami keyakinan bagi menghadapi perlawanan yang akan datang," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video