LIGA SUPER MSIA
Liga Super: Terima dana DBKL, gaji serta KWSP KL City mula dibayar
Pengarah Kuala Lumpur United Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar, menegaskan bahawa pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tertunggak sebanyak RM719,116 bakal dibayar secara berperingkat bermula hari ini.
Pengesahan dokumen di antara kedua-dua belah pihak sedang diusahakan sekali gus memeterai persefahaman positif bersama KWSP dan KL United.
"Kami akan lunaskan secara ansuran kepada KWSP untuk memastikan segala tuntutan selesai," katanya.
Iklan
Selain itu, kem pasukan Kuala Lumpur City menerima berita gembira apabila pembayaran gaji bulan April bakal dilaksanakan selepas badan induk, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), mendapat dana yang bernilai RM1j daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Selepas menerima bantuan kewangan tersebut pada semalam, hari ini kami telah kreditkan kepada pemain dan barisan kejurulatihan KL City selain menyelesaikan beberapa tunggakan lain," tambahnya.
Must-Watch Video