Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Terengganu terus dirundung malang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ivan-mamut.jpg
Terengganu terus dirundung malang menjelang sepak mula saingan Liga Super musim depan apabila tonggak serangannya, Ivan Mamut, mengalami kecederaan serius.

Pemain berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan tendon Achilles yang menyaksikan dia perlu berehat lebih daripada sebulan.

Ia menyaksikan Ivan Mamut bakal terlepas aksi pembukaan Liga Super menentang Perak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 11 Mei depan.

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, bagaimanapun, enggan melatah dengan keadaan itu, bahkan bersedia memberikan masa untuk penyerangnya itu benar-benar cergas.

"Ivan berada dalam tempoh pemulihan, mungkin dalam sebulan atau lebih," kata Steinbruckner kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Kerana dia mengalami masalah tendon Achilles dan ia agak serius.

"Kami tidak jangkakan ia seserius ini tetapi ia lebih serius daripada apa yang kami jangkakan.

"Saya fikir dia akan diketepikan selama empat hingga enam minggu.

"Kami berdepan masalah serius tetapi kami masih ada (Ismaheel) Akinade dan beberapa pemain lain yang boleh menggalas tugasnya di posisi itu," katanya.

Terdahulu, Skuad Peteh itu turut terpaksa melupakan khidmat penjaga gol kebangsaan, Rahadiazli Rahalim, dan tonggak pertahanan, Azam Azmi Murad.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video