Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Terengganu mahu lepas geram aksi penutup

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akram-mahinan.jpg
Tonggak tengah, Akram Mahinan, mahu menjadikan kemenangan perlawanan penutup Liga Super musim 2024/25 sebagai hadiah sagu hati buat penyokong Terengganu. 

Tiada sebab untuk mereka simpan kuku lagi ketika bertemu Kedah Darul Aman di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok biarpun tiada matlamat tinggi yang ditetapkan. 

"Ini adalah perlawanan penutup. Tiada alasan nak tarik gear, nak santai-santai," katanya. 

Akram mengakui penghijrahannya ke Pantai Timur buat kali pertama tidak begitu memuaskan memandangkan sasarannya ialah setidak-tidaknya kelompok empat teratas. 

"Bermacam tragedi yang terjadi seperti pertukaran jurulatih dan pemain import. 




"Ia sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kami musim ini. 

"Musim ini rata-rata kami bergantung kepada pemain tempatan terutama di bahagian pertahanan. Kami tidak dapat menggunakan kelima-lima pemain serentak dalam sesebuah perlawanan. 

"Musim ini perlu dijadikan pengajaran dan letakkan sasaran lebih tinggi pada musim depan," katanya. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video