Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Terengganu beri bayangan lepaskan Ivan Mamut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ivan-mamut.jpg
Terengganu memberi bayangan untuk melepaskan Ivan Mamut dalam jendela perpindahan kedua bulan depan apabila pemain itu masih dibelenggu kecederaan yang berlarutan.

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, berkata dia tidak dapat menunggu lebih lama untuk khidmat pemain berusia 26 tahun itu memandangkan masih banyak perlawanan perlu diharungi gergasi Pantai Timur berkenaan.

"Sudah enam bulan Ivan tidak dapat beraksi. Dia telah cuba melakukan latihan ringan tapi masih rasa sakit.

"Saya tidak tahu bila dia akan pulih dan kembali beraksi tetapi kami perlu mencari pemain dalam jendela perpindahan berikutnya, mungkin memperkuatkan bahagian serangan," katanya.

Steinbruckner berkata perbincangan telah diadakan dengan pihak pengurusan berhubung perkara itu tetapi ia masih dalam pertimbangan.

Tambahnya, Terengganu perlu mendapatkan pemain sesuai di posisi Mamut dalam usaha mencapai sasaran tinggi ditetapkan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Kelab ASEAN.

"Kami mempunyai sasaran tinggi. Piala FA akan menjelang, Piala Kelab ASEAN dan sudah tentu juga saingan Liga Super. Tanpa Ivan, kami masih belum kuat seperti sebelumnya," katanya.

Sebagai rekod, Mamut menjadi watak penting skuad Penyu itu apabila menjaringkan 17 gol dalam semua pertandingan sepanjang musim 2023.

-- Sinar Harian

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video