NEGERI SEMBILAN 0 TERENGGANU 2
Terengganu tidak berdepan masalah membawa pulang tiga mata penuh dari Paroi selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam saingan Liga Super 2024/25, sebentar tadi.
Pasukan tuan rumah agresif mengatur serangan dalam awal separuh masa pertama, namun Terengganu terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-25 selepas sepakan percuma yang diambil Nurillo Tukhtasinov daripada jarak jauh melemaskan Aqil Abdul Razal untuk mendahului 1-0.
Skuad Jang berpeluang menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-44, tetapi tidak berjaya dimanfaatkan apabila bola itu sekadar terkena benteng pertahanan yang dibina Terengganu untuk menutup babak pertama dengan ketinggalan 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman.
Terengganu dihadiahkan sepakan penalti menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam babak kedua apabila bola didakwa terkena tangan Che Rasid dengan dia turut dilayangkan kad kuning pada minit ke-80.
Penyerang kelahiran El Salvador, Nelson Bonilla, menyempurnakan sepakan penalti buat pasukan pelawat dan keputusan 2-0 itu kekal hingga wisel penamat.
Kemenangan itu menyaksikan Terengganu melakar kemenangan ketujuh mereka dalam kempen liga, manakala Negeri Sembilan tewas kali ke-13 daripada 18 perlawanan.

KEPUTUSAN MASA PENUH – LS20#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/hyWbiOfBil
— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 9, 2025