Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Teong Kim janji Perak tampil berbeza lawan Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lim-teong-kim-perak.jpg
Ketua jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim, tidak meletakkan sebarang sasaran menjelang aksi pertama Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC di laman sendiri malam esok.

Bagaimanapun, pengendali berusia 59 tahun itu memberi jaminan bahawa The Bos Gaurus akan tampil berbeza berbanding musim lalu walaupun tahap kecergasan dua pemain importnya, Christian Obiozor dan Luciano Guaycochea, masih menjadi tanda tanya.

"Pasukan kami tidak memiliki bajet yang terlalu besar," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom

"Bagi saya, pasukan kami telah menjalani persiapan yang baik sepanjang dua setengah bulan ini, jadi tiada masalah."

Ketua pasukan, Hafizal Mohamad, pula menambah: "Bagi persiapan sepanjang tiga bulan ini, pasukan kami pasukan baru. Kami datang dari seluruh Malaysia untuk membina kembali pasukan ini, jadi bukan mudah untuk jurulatih membentuk satu pasukan yang mantap.

"Tetapi saya yakin dengan jurulatih kami berdasarkan pengalamannya sebelum ini. Dia sudah kenal setiap pemain yang perlu diturunkan untuk menentang Kedah.

"Bagi saya, dia akan memilih pemain yang terbaik untuk diturunkan buat ketika ini," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video