Selepas pelbagai spekulasi bermain di media sosial sebelum ini, akhirnya teka-teki mengenai pemain kebangsaan Syria, Jalil Elias, terjawab apabila telah meninggalkan juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Pemain berusia 27 tahun itu sekadar beraksi satu perlawanan yang merekodkan 69 minit masa penampilan ketika aksi pertama liga menentang Negeri Sembilan.


Bekas pemain San Lorenzo itu menyertai kelab Argentina, Atletico Velez Sarsfield, sebagai pemain pinjaman sehingga Disember 2024.

Dalam masa sama, pemain naturalisasi kebangsaan, Endrick dos Santos turut membawa haluan baru selepas Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards, mengumumkan pemain kelahiran Brazil itu bakal menyarung jersi Ho Chi Minh City dari Vietnam.