Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City

Saufi Tahir
Mei 12, 2024 23:28 MYT
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Miroslav Kuljanac, menjelaskan keadaan terkini pemain pertahanan pasukannya, Muhammad Kamal Azizi bin Mohamad Zabri, yang mengalami kecederaan patah tangan, sebentar tadi.
Kamal terpaksa dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya dan terpaksa digantikan oleh J. Partiban.

Ketua jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac maklumkan Kamal Azizi cedera patah pada bahagian lengan. Namun, perlu tunggu keputusan dari pemeriksaan pakar.@ASTROARENA pic.twitter.com/A2KalXbdjz

— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) May 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, jurulatih berusia 53 tahun itu masih menanti keputusan penuh daripada pemeriksaan pakar berkenaan keadaan semasa pemain itu.
#liga super #bola sepak #kamal azizi
;