Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Syihan amalkan zikir pastikan keselamatan pasukan JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syihan-hazmi.jpg
"Saya amalkan zikir Bismillahilladzi laa yadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi wa la fis samaa'i wahuwas sami'ul alim,"

Itu reaksi penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, ketika menjawab soalan daripada peminat dalam sesi meet and greet sempena pelancaran $JDT Fan Tokken di Johor Bahru semalam.

Menurut pemain berusia 27 tahun itu, zikir itu telah lama amalkannya bagi memastikan keselamatan pasukannya.

"Saya memang amalkan zikir ini supaya pasukan (pemain) dilindungi (sepanjang perlawanan).

"Sebenarnya ramai yang bertanyakan mengenai perkara ini dan malam ni saya beritahu," katanya.

Ahmad Syihan berkata demikian bagi mengulas mengenbai aksinya di depan pintu gol setiap kali sebelum perlawanan bermula.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesediaannya jika ditawarkan sebagai pemain naturalisasi negara, penyerang sensasi skuad Harimau Selatan, Bergson Da Silva, menegaskan dia akan sentiasa cuba memberikan yang terbaik ketika beraksi.

Malah Bergson berkata, dia gembira berada di negara ini dan beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

"Saya gembira berada di sini, di Johor. Saya gembira dengan suasana serta sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi.

"Oleh itu, saya akan cuba memberikan yang terbaik," katanya.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video