Ini susulan keputusan mengecewakan apabila tumbang kepada Kuala Lumpur (KL) City 2-4 walaupun skuad Harimau Kumbang terlebih dahulu menjaringkan gol seawal minit ke-2 permainan.
Full-time! Every player gave their all—let’s celebrate this moment! ?⚪️#klbandarayarendahkarbon #klcityfc #sampaimatikualalumpur #cityboys pic.twitter.com/qaCAAmk25Y
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) September 29, 2024
Namun menurut Syamer, jaringan awal itu juga antara punca kelalaian dia bersama pasukannya sekali gus dihukum dengan tiga jaringan selesa skuad The City Boys.
'Kita semestinya kecewa selepas sebelas perlawanan dan hanya meraih dua kemenangan. Itu perkara yang bukan untuk dibanggakan.
"Kerana sekali dua keadaan kami terleka dan itu membuatkan kami perlu membayar harga yang mahal apabila tewas.
"Sebagai pasukan kami banyak kelemahan, dan pasukan lawan akan ambil kesempatan. Tapi kami akan berkerja keras dan kami berharap untuk bangkit berdepan Pahang nanti.
"Jika saya jadi penyokong pasti saya akan bertanya 'apa masalah' kerana ini adalah hak mereka sebagai penyokong untuk diberikan kemenangan. Tetapi selepas kekalahan ini, ia adalah perkara yang mengecewakan." katanya kepada Nadi Arena.