Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Syamer Kutty ikut Safawi ke KL City dari JDT?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pawisyamer.jpg
Dua nama besar Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid dan Saymer Kutty Abba, bakal melengkapkan perpindahan ke Kuala Lumpur City sebagai destinasi baharu menjelang Liga Super musim hadapan. 

Difahamkan, kedua-dua tonggak Harimau Malaya itu akan menyertai The City Boys bagi mendapatkan minit permainan dan mengekalkan rentak prestasi dan mencari aksi kompetitif. 

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bekas pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) itu bersama Syamer Kutty hanya menunggu masa untuk ke Lembah Klang bagi memperkuat barisan pemain KL City yang diketuai oleh Paulo Josue. 

 

Setakat ini, masih belum ada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berkenaan khabar angin tersebut. 

Dan persoalan sama ada Safawi dan Syamer untuk menandatangani perjanjian secara tetap mahupun sebagai pemain pinjaman masih belum diketahui sepenuhnya. 

 

Musim lalu menyaksikan penyerang berusia 28 tahun itu merekodkan 36 penampilan bersama Sang Penyu ketika tempoh pinjaman dalam semua pertandingan dan mencatatkan 18 jaringan.

Sementara Syamer pula telah membuat 26 penampilan bersama pasukan negeri kelahirannya, Penang. 

Mereka berdua juga berada dalam senarai anak buah Peter Cklamovski menghadapi Vietnam dalam Kelayakan Piala Asia 2027, baru-baru ini. 

Advertisement

Must Watch Video