Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Sukar tapi Badrul Afzan sahut sasaran 5 teratas buat Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bardul-afzan.jpg
Ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali, mengakui memikul tugas berat dalam memacu pasukannya mencapai prestasi lebih baik dalam saingan Liga Malaysia berbanding musim lalu.

Sedar ia bukan tugas mudah, pengendali itu, bagaimanapun, percaya dengan persiapan rapi pramusim, tidak mustahil sasaran untuk menempatkan diri dalam kelompok lima pasukan teratas Liga Super mampu direalisasikan.

Jurulatih berusia 49 tahun itu turut berharap kehadiran enam pemain import, termasuk Nurillo Tukhtasinov, yang kekal bersama skuad Penyu itu, mampu memberikan nilai tambah terbaik buat pasukannya.

Sebagai rekod, skuad Peteh itu menamatkan kempen Liga Super musim lalu di tempat kelima dengan sembilan kemenangan, lapan seri dan tujuh kali tewas.

"Sudah pasti ada kerisauan buat saya kerana ia satu tanggungjawab yang besar," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Tetapi saya mengambilnya secara positif. Ia memerlukan masa dan saya harap akan ada penambahbaikan daripada setiap perlawanan dan akan berterusan bagi perlawanan yang akan datang.

"Kami sedar kami memerlukan pemain import seramai mungkin tetapi buat ketika ini, saya percaya dengan kemampuan enam pemain import yang ada. Dengan dibantu pemain tempatan, Terengganu sudah bersedia untuk menghadapi Liga Super musim ini."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video