Liga Super: Sukan ini susah nak 'repair', CEO Perak lepas jawatan?
Saufi Tahir
Julai 31, 2024 21:32 MYT
Julai 31, 2024 21:32 MYT
Umpama jatuh ditimpa tangga, begitu situasi yang melanda kem bola sepak Perak ketika ini apabila Ketua Pegawai Eksekutif pasukan, Bobie Farid Shamsudin, mengumumkan peletakan jawatan interimnya melalui akaun media sosial hari ini.
Dia berkata; "Dengan rasminya hari ini saya melepaskan jawatan interim CEO Perak FC. Dah lama sangat saya tinggalkan rakan rakan niaga saya.
“Kembali buat kerja sebenar, orang sebenar. Bagi saya sukan ini susah nak repair. Adios PFC" katanya.
Begitupun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Perak mengenai keputusan mengejut itu.
Perak terpaksa akur di Stadium Perak semalam selepas ditewaskan oleh Kuching City 1-2 dalam saingan Liga Super 2024/2025.